RSS

Mencari Sebuah Hikmah


Iman termenung lagi. Telah seminggu berlalu, namun hatinya masih resah. Segalanya berputar kembali. Walau dirinya berada di bumi Malaysia tapi fikiran masih tertinggal di kota suci Islam. Tidak pernah sekalipun dia menjejakkan kaki ke sana, bahkan melihatnya di kaca televisyen pun tidak. Iman dilahirkan dalam sebuah keluarga yang serba kekurangan, ditambah pula dengan ibunya yang menghidap tumor sepuluh tahun yang lalu. Waktu lapangnya banyak dihabiskan untuk membanting tulang bagi menyara enam orang adiknya. Dalam kesibukannya mengambil upah mencuci dan mengemas rumah dia masih terfikir-fikir akan mimpinya seminggu yang lalu. Satu perasaan yang sukar digambarkan. Iman sangat teruja melihat suasana yang cukup menenangkan. Hanya dengan satu binaan segi empat berwarna hitam, seluruh yang hadir bersatu hati. bergerak dalam satu arah dengan mengulang-ulang ayat yang langsung tidak difahaminya. Gambaran sebegitu sering menghantuinya tanpa mengira waktu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ujian itu penyeri hidup

 Setelah berbulan blog dibiarkan bersawang. Bukan disengajakan. Akibat kekangan masa dan rentetan dari ujian yang tidak kunjung padamnya membuat penulis sedikit terkejar-kejar. Menghitung masa, sedar tak sedar hanya tinggal kurang lebih satu minggu sahaja untuk penulis menghabiskan cuti semester bersama keluarga. Beberapa detik sebelum penulis menjejaki bumi Kelantan dua berita sedih menerpa jiwa. Kematian emak saudara dan seminggu berselang bapa saudara pula mengiringi. Sukar untuk menerimanya namun itulah hakikat hidup. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian. Itu janji yang pasti dari Rabul 'izzati.

Berkebetulan dengan badan yang kurang sihat. Menaiki pesawat dalam keadaan demam amat menduga kesabaran. Berturut-turut Allah mendatangkan ujian-Nya, agar diri ini sedar dan ingat bahawa Allah rindu untuk mendengar tangis seduku di malam yang hening. Baru beberapa hari demam itu kebah, menyapa lagi demam yang baharu. Ya Allah, moga ujian-ujian-Mu ini mampu menghapuskan dosa-dosaku. Jadikan aku hambu-Mu yang bersabar dan redha dengan segala takdir-Mu. Amin...


Pangkal ilmu ialah mendengar sebaik-baiknya, kemudian memahamkannya dan sesudah itu mengingatkannya. Akhir sekali diamal dan disebarkan ilmu itu untuk dimanfaatkan. - SUFYAN UYAYNAH

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ternodakah ciNtaku...

 Ya Allah selamatkan aku
Jauhkan aku dari rasa membunuh
Jiwa yang kecundang tersembam
Di jalan duga cinta dusta.

Bukan itu yang ku kejar
Namun ia mendatang tanpa jemu
Menghantui gerak langkahku
Membawa aku ke belantara dosa.
Aku yakin ya Allah
Semua janji-Mu terpatri di hati
Namun sering hatiku gersang
Tandus kontang menanti musnah.

Di balik semua itu ya Allah
Aku masih mengharapkan Engkau
Membimbingku ke taman syurgawi
Kuatkan imanku ya Allah 
Menolak jahiliyyah moden
Teguhkan hatiku tuk terus berdiri
Menjulang gemilang Islam terbilang...


Pangkal ilmu ialah mendengar sebaik-baiknya, kemudian memahamkannya dan sesudah itu mengingatkannya. Akhir sekali diamal dan disebarkan ilmu itu untuk dimanfaatkan. - SUFYAN UYAYNAH

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kepimpinan & Pelajar

 “Berkata Allah (kepada Ibrahim), ‘Sesungguhnya Allah akan menjadikan kamu Imam (pemimpin) untuk manusia’. Berkata Ibrahim, ‘Dan juga dari keturunanku.’ (Berfirman Allah), ‘Janji-Ku tidak akan diberikan kepada mereka yang zalim’( al-Baqarah ; 124 )


 Di mana-mana IPT seluruh negara sedang hangat membicarakan tentang Pilihan Raya Kampus. Kepimpinan sememangnya perkara yang amat sinonim dengan kehidupan kita di dunia ini. Walau kita sering berkata "aku mustahil menjadi pemimpin." Namun dalam tidak sedar rupanya kita adalah seorang pemimpin. Paling tidak kita adalah pemimpin pada diri dan keluarga. Keadaannya sedikit berbeza bila membicarakan topik kepimpinan di peringkat yang lebih luas. Ramai dalam kalangan kita yang maju ke hadapan bagi menjadi pemimpin adalah semata kerana jawatan atau popular dan gah pada mata manusia. Nauzubillah, moga kita terhindar dari itu semua. Hakikat sebenar sering diabai, acap kali ditinggal sepi tiada yang peduli. 
“Sesungguhnya Allah menolong sesiapa yang menolong Agama-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Gagah, lagi Maha Perkasa. Iaitu mereka yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf serta mencegah perbuatan yang mungkar. Dan kepada Allah sahajalah kembali segala urusan”. ( al-Hajj ayat 40-41 ). Al-Quran telah lama menggariskan kreatiria-kreatiria pemimpin dalam Islam. Di sinilah seorang pengundi memainkan peranan. Bukan sesuka hati memilih calon yang cantik, kacak. Bukan membabi buta memangkah pada yang sudah terkenal dengan nama 'gila kuasa'. 

Wahai insan yang bergelar muslim dan masih menghargai nilai keIslamanmu, carilah pemimpin yang menjaga solatnya, yang tidak loket mengeluarkan zakat dan yang sentiasa menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran kerana di situ akan kau temui bahagia. Bahagia di dunia ini dan insya-Allah di alam abadi. Akhir kalam dari penulis, berhati-hatilah memilih pemimpin kerana ia akan dipertanggungjawabkan di mahsyar nanti...

Pangkal ilmu ialah mendengar sebaik-baiknya, kemudian memahamkannya dan sesudah itu mengingatkannya. Akhir sekali diamal dan disebarkan ilmu itu untuk dimanfaatkan. - SUFYAN UYAYNAH

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bersuci bagi Anggota berbalut

Seorang isteri yang solehah telah menelefon suaminya bagi menyelesaikan satu permasalahan hukum Fikah berkaitan dengan wudhuk dan mandi bagi seseorang yang berbalut anggota badannya. Ikuti perbincangan mereka berdua :

Ummu Muhammad : Assalamualaikum abang.

Abu Muhammad : Waalaikumussalam sayangku ( sambil tertawa kecil ).

Ummu Muhammad : Abang, saya ingin menyampaikan hajat seorang sahabat yang ingin mendapat penjelasan hukum daripada abang berkenaan dengan hukum berwudhuk dan mandi wajib bagi seseorang yang berbalut anggota badannya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...