RSS

Hijrah???

Jika ditanya apa itu hijrah rata-rata masyarakat menjawap ia merupakan perpindahan Rasulullah dan para sahabat dari Mekah ke Madinah. Itulah definisi hijrah dari segi fizikalnya pada zaman Rasulullah. Namun ramai yang terlepas pandang, penghijrahan umat Islam yang terlepas pandang akan roh hijrah itu sendiri. Walaupun berat hati namun demi Allah Yang Esa persiapan dan perjalanan diteruskan jua. Keperitan hati melangkah meninggalkan tanah air akhirnya diberi ganjaran yang lumayan oleh Allah. There is no hijr ba'da fath. Kini hanya roh hijrah yang perlu disemai dan dihayati setiap dari kita.
Indahnya Islam, kecantikan wanita hanya menjadi tatapan zauj dan mahram

Setelah memahami peritnya hijrah dan manisnya kesan hijrah itu pasti tiada gusar di hati demi secalit penghijrahan. Jika dulu kita berbangga dengan 'rambut ekor kuda' yang berjuntai hari ini marilah kita kemaskan rambut itu ke dalam tudung keinsafan. Jika dulu tudung kita cukup untuk menutup helaian rambut semata ayuh hari ini kita labuhkan tudung ke bawah dada. Jika dulu tudung berbayang leher menjadi idaman sekarang bertukarlah kepada tudung yang lebih sempurna. Jika dulu tudung digandingkan dengan baju sendat seluar ketat kenapa tidak hari ini kita ganti dengan baju longgar seluar longgar. Apa sangat yang ada dengan imej dan penampilan di dunia? Bukan bererti penulis melarang untuk melaram. Tidak sama sekali, asal betul dengan syariat tak langgar batas agama. Melaram, bersolek dan yang seangkatan dengannya sememangnya menjadi kegemaran manusia terutamanya kaum hawa, tapi harus ada batasnya. Islam melarang kita berlebihan dalam segala urusan termasuklah bab fesyen.

Ada yang bertanya apa guna melaram bagai nak rak. Dengan jilbab, tudung labuh, sarung kaki tapi hati dan jiwa berkarat. Betul juga kata-kata tu. Cuba bayangkan seorang hartawan melaburkan berjuta ringgit demi sebuah bangunan yang indah tersergam. Megah mencakar langit namun di dalamnya hanya diisi sampah sarap. Menjadi pusat pembiakan tikus dan lipas serta segala jenis serangga pembawa virus. Buntu mencari jalan keluar, akhirnya bangunan yang baru dibina tidak sampai setahun itu dibakar. Itulah tamsilannya manusia. Diciptakan Allah akan manusia sebagai khalifah. Diberi ujian dan cabaran untuk ditempuh sepanjang perjalanan yang sekejap cuma. Akhirnya dihisab di Mahsyar, baik isi kitab baiklah keputusannya buruk isi kitab nerakalah destinasi seterusnya. Kerana itu Islam amat menekankan niat dalam setiap tindak tanduk umatnya. Bagus niat, betul jalannya baiklah kesudahannya.


 Di manakah kita sekarang? Di jalan yang lurus (siratol mustaqim) atau masih tersesat di lorong kelam? Jawapannya hanya ada pada kita. Tepuk dada tanya iman. Selongkarlah khazanah al-Quran suci, selamilah bait sunnah Rasulullah, insyaAllah ketemu peribadi muslim sejati kerana hanya Quran dan sunnah yang menjadi ingatan dan panduan kita menuju Ilahi dan bertemu Kekasih-Nya. Rinduku padamu Ya Rasulullah makin mendalam. Cintaku pada-Mu Ya Rabb makin menggila. 
Pedoman hidup manusia hingga kiamat

Pangkal ilmu ialah mendengar sebaik-baiknya, kemudian memahamkannya dan sesudah itu mengingatkannya. Akhir sekali diamal dan disebarkan ilmu itu untuk dimanfaatkan. - SUFYAN UYAYNAH

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 buah fikiran:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...