RSS

Awas lisanmu...

Suasana tenang petang itu tidak mampu menenangkan sekeping hati. Aiman termenung sendirian. Sekumpulan remaja yang asyik bermain hanya melambai sepi ke arahnya. Hampir dua minggu dia terpaksa berkurung di dalam rumah. Dia hanya mampu memandang sepi pada raketnya yang bergantung di sudut bilik. Masih terngiang gurau senda rakan-rakannya beberapa hari lepas.

"Man, kau dah tak boleh dekat ngan kami. Aku tak nak berjangkit penyakit kau tu..."

"Oi, tak baik la kau cakap macam tu. Kesian Man." Rashid memotong kata-kata Nizam. Nizam sememangnya terkenal dengan gelaran mulut leser. 

"Eh, dah senja ni, jom balik nanti tak sempat pula nak pergi surau. Man kita orang balik dulu, kau jaga diri. Nanti ada masa kita orang datang lagi." Syamil cuba menenangkan keadaan.


"Aiman, mari makan dah nak maghrib ni." Laungan mak cik Rosnah mematikan lamunan Aiman. 

"Nanti makan ubat, biar cepat sembuh. Tak lama lagi dah nak masuk semester baru, jangan sampai terganggu pelajaran sebab penyakit yang tak seberapa ni. Ingat ni semua ujian dari Allah. Moga-moga ia menjadi penghapus dosa Aiman." Mak cik Rosnah berbicara panjang lebar seumpama mengerti apa yang tersirat di lubuk hati anak terunanya.

"Aiman terima semuanya dengan redha mak. Cuma Aiman bosan sikit asyik terperap dalam rumah je."

"Mak tengok macam dah nak sembuh. Doa banyak-banyak, jangan merungut." Aiman hanya mengangguk lantas meneruskan suapan nasi ke mulut.
-------------------------------------------
Tinggal seminggu lagi semester baru pengajian akan dibuka. Aiman yang sekian lama 'bertapa' mula menjengah ke dunia luar. Langkahnya penuh semangat. Sudah lama dia tidak beraksi bersama raket kesayangannya.

"Putera lilin dah datang. Beri laluan." Nizam bicara lantang. Syamil dan Rashid menyiku rakan mereka. Memberi isyarat supaya menjaga lisan.

"Man, jom main ngan kita orang. Tak cukup ahli lagi ni. Kau regu ngan aku je, biar Nizam ngan Rashid." Syamil 

Petang itu Aiman rasa kembali bernafas seperti biasa. Tiga minggu terkurung dalam rumah tidak langsung memenjara kehebatannya. Memang layak dia merangkul gelaran Jaguh Badminton Negeri Sembilan tiga tahun berturut-turut.

"Minggu depan dah mula semester baru, bermula lagi perjuangan kita demi ilmu. Kau dah sedia nak pergi universiti ke Man atau nak sambung cuti?" 

"Mesti la dah sedia. Aku tak sabar nak teruskan pengajian ni. Aku pun dah bertambah sihat, tak ada alasan nak ponteng la." Mereka berempat beriringan pulang ke rumah masing-masing.

------------------------------------------------------

Hari pertama memulakan kuliah. Ruang kuliah masih banyak yang kosong. Maknanya masih ramai yang buat cuti sendiri. Lumrah kehidupan kampus. Ibarat haiwan yang baru terlepas dari kurungan, segala perilaku dibuat tanpa berfikir. Syamil melilaukan matanya, mencari susuk tubuh yang amat dikenali. Namun kecewa. Nizam tiada di situ.
'Takkan dia pun sambung cuti kot. Semalam sihat je. Aku kena siasat ni.' Syamil bermonolog. Tamat kuliah dia terus melangkah laju menuju ke blok Ibnu Baithar. Bilik Nizam yang berada di tingkat empat didakinya. Setelah lenguh memanggil dari luar, Syamil cuba memulas tombol bilik Nizam. Tidak berkunci. Sesudah memberi salam Syamil melangkahkan kakinya, merapati katil bujang di hujung bilik.


"La, Nizam kau sakit ke? Napa tak pergi kuliah tadi? Eh, badan kau panas la. Jom pergi klinik."

----------------------------------------------

"Terima kasih Syamil sebab hantar aku pergi klinik. Kalau tak aku tak tahu la apa nak jadi. Dulu aku gelakkan Aiman, sekarang Allah bagi kat aku pula. Padan muka aku." Ucap Nizam separuh menyesal.

"Tak baik macam ni. Kau macam dah salahkan takdir. Mungkin Allah nak uji sejauh mana iman kau. Kau kena terima dengan ikhlas. Sakit tu satu kifarah dari Allah. Moga dosa-dosa kau diampunkan Allah. Waktu kita kat atas jangan dikeji orang di bawah sebab mungkin satu hari kita akan berada jauh di bawah lagi."

"Aku sedar, aku tak patut cakap macam tu waktu orang lain susah. Tapi kau tahu la, mulut aku ni susah nak kawal la."

"Kau boleh, yakin pada diri. Banyak-banyak istighfar bila nak cakap benda-benda yang merapu. Kau mesti kuat. Kau rehat la dulu. Nanti kau dah sihat kita sembang panjang."

Nizam masih mencerna kata-kata Syamil. Jauh di dasar hatinya dia tekad ingin berubah. Kerana mulut badan binasa.

'Sebelum badan aku binasa lagi teruk lebih baik aku jaga mulut yang tak berapa nak ada insurans ni' Monolognya membawa Nizam ke alam mimpi setelah menelan dua biji ubat yang dibekalkan doktor.

Pangkal ilmu ialah mendengar sebaik-baiknya, kemudian memahamkannya dan sesudah itu mengingatkannya. Akhir sekali diamal dan disebarkan ilmu itu untuk dimanfaatkan. - SUFYAN UYAYNAH

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 buah fikiran:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...