RSS

Sundal Malam



Tidak pernah penulis ketahui akan kewujudan bunga sundal malam ni. Terdapat satu kisah yang mungkin menjadi penyebab mengapa ia terasing. Diberitakan suatu ketika dahulu seorang penari telah menggunakan bunga ini untuk menarik minat para penonton kerana baunya yang sangat harum. Namun disebabkan haruman itu jugalah dia diperkosa dan mati sewaktu cuba melahirkan anaknya di dalam hutan setelah dipulau masyarakat. Semenjak hari itu satu lembaga sering muncul di kawasan pokok bunga ini. Kesahihan cerita ini masih dapat dipertikaikan.

Namun dalam dunia moden hari ini bunga sundal malam amat terkenal dalam industri wangian. Di sesetengah tempat memanggilnya sebagai Sri Pekan. Menurut satu kajian pokok ini tahan pada cahaya matahari dan boleh bertahan pada tanah yang separuh kering. Amat sesuai dijadikan pokok hiasan di halaman kerana bunganya yang semerbak terutama dikejauhan malam.Ketinggian pokoknya sederhana tidak melebihi 3 m memudahkan proses penjagaan. Berdaun hijau berkilat dan bunganya putih kekuningan. Nama saintifiknya Cestrum nocturnum. Mudah ditanam melalui ubi pokok bunga tersebut. Sedikit perincian mengenainya:
  • Berasal daripada Amerika Tengah.
  • Jenis pokok berumpun seperti spider lily atau bunga bakung.
  • Kebanyakan bunga yang berbau wangi akan kehilangan atau berkurangan bau wanginya selepas dipetik dari tangkainya, namun sundal malam mempunyai sifat yang berbeza.
  • Sama seperti bunga melur, walaupun setelah dipetik, bunganya sendiri masih menghasilkan bau wangi yang akan terus kekal sehingga ia kering dan layu.
  • Sesetengah ahli botani mengkelaskan tumbuhan ini sebagai tumbuhan semusim (annual) manakala yang lainnya pula mengkelaskannya sebagai tumbuhan yang kekal lama (perennials).
  • Dalam keadaan yang optimum tumbuhan ini boleh kekal hidup dan menghasilkan bunga hingga bertahun-tahun.
  • Bebawangnya boleh disimpan lama sebelum ditanam jika dikeringkan.
  • Memerlukan pendedahan terus pada cahaya matahari.
  • Digunakan sebagai minyak terapi bagi menghilang stres.

 Itulah sempurnanya ciptaan Allah. Walaupun pokoknya tidak gah berdiri seperti pokok durian namun tetap terkandung seribu manfaat. Ambillah pengajaran dari si bunga sundal malam walau pelbagai tohmahan diterima namun masih membawa manfaat. Tinggalkan kurafat dan segala cerita karut-marut nenek moyang, mana mungkin jin menghuni bunga walau itu yang sering dicanang. Percaya dan berserah dirilah kepada Allah pencinta sekalian makhluk.

Pangkal ilmu ialah mendengar sebaik-baiknya, kemudian memahamkannya dan sesudah itu mengingatkannya. Akhir sekali diamal dan disebarkan ilmu itu untuk dimanfaatkan. - SUFYAN UYAYNAH

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hijrah???

Jika ditanya apa itu hijrah rata-rata masyarakat menjawap ia merupakan perpindahan Rasulullah dan para sahabat dari Mekah ke Madinah. Itulah definisi hijrah dari segi fizikalnya pada zaman Rasulullah. Namun ramai yang terlepas pandang, penghijrahan umat Islam yang terlepas pandang akan roh hijrah itu sendiri. Walaupun berat hati namun demi Allah Yang Esa persiapan dan perjalanan diteruskan jua. Keperitan hati melangkah meninggalkan tanah air akhirnya diberi ganjaran yang lumayan oleh Allah. There is no hijr ba'da fath. Kini hanya roh hijrah yang perlu disemai dan dihayati setiap dari kita.
Indahnya Islam, kecantikan wanita hanya menjadi tatapan zauj dan mahram

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...