RSS

MuSLimAh diMaNa iNdaHmU?


Cuping ana telinga sering menangkap bait-bait kata dari para remaja mempersoalkan bezanya muslimah dan gadis remaja. Jika diberi gelar muslimah yang terlintas di minda para muda-mudi pasti remaja yang berjilbab,berjubah,berfurdhah dan sebagainya. Malah ada yang mengatakan muslimah terlalu ekstrim dalam menjaga aurat atau sering dikenal sebagai 'zuhud'. Kata-kata sebegini bukan sekar dilontar oleh bukan Islam bahkan masyarakat Islam turut terkongkong dalam pemikiran sempit ini. Jika dilihat dari segi maknanya muslimah merujuk kepada wanita yang menganuti agama Islam. Namun bagaimana boleh timbulnya muslimah yang berjilbab, berfurdhah menutup seluruh tubuh dan yang sebaliknya. Di sini akan ana rungkaikan sedikit persoalan ini.

Mungkin bagi mereka yang menganggap menutup seluruh tubuh kecuali tangan dan muka bagi muslimah itu tidak releven lagi kerana desakan fesyen hari ini. Menyorot kembali zaman para sahabat, Rasulullah dijadikan idola dan 'batu pengukur' dalam segala hal. Sebaliknya kini, bintang-bintang yang malap dan suram sinarnya telah menjadi ikutan masyarakat. Berapa ramai umat Islam yang sedar minda mereka sedang dijajah musuh Islam? Berapa ramai pula yang berjaya mempertahankan benteng iman di hati? Berapa ramai pula yang lemas di lautan nista penuh tipu daya? Itu semua rencana manusia yang sememangnya hasad terhadap Islam.

Ayuh para muslimah kita bangkit bergerak menuju 'siratol mustaqim'. Fitrah bagi seorang yang bergelar perempuan untuk berhias dan tampak menawan. Islam tidak melarang kita para muslimah untuk berhias malahan Islam datang untuk membimbing kita dalam soal ini agar tampak lebih berseri dam gemerlapan di dalam kelam. Ingin ana tekankan beberapa etika berhias dalam Islam:

  • Berhias mengikut acuan Islam, jauhi tabarruj (pemoamerkan segala kecantikan yang dimiliki secara melampau) cukup sekadar yang zahir.
  • Tidak menyerupai orang kafir, baik dari sudut budaya mahupun agamanya.
  • Hindari penampilan yang menyerupai lelaki. Sejak dari awal penciptaan lagi lelaki dan perempuan telah mengalami proses yang berbeza jadi bagaimana mungkin seorang muslimah berpenampilan menyerupai kaum lawannya.
  • Jangan sekali-kali mengubah kurnian Allah kecuali perkara tersebut menyukarkan dan membataskan aktiviti harianmu seperti sumbing yang terlampau.
  • Jangan membahayakan tubuh baik dalam jangka masa dekat atau jauh, seluruh anggota kita merupakan satu amanah dari Allah untuk jaga dan dihargai bukan untuk dirosakkan.
  • Memilih produk penjagaan diri yang tidak kalis air. Dewasa kini makin banyak produk dan rawatan yang menghalang air dari sampai ke kulit terutamanya pewarna rambut, pengecat kuku dan teknik 'rebonding' rambut yang menjadi kegilaan para gadis.
  • Jauhi boros atau pembaziran. Tidak perlulah mengeluarkan belanja beratus-ratus malah ribuan ringgit hanya untuk tampil menawan dengan niat menarik perhatian lelaki.
  • Minimumkan tempoh bersolek. Cukuplah sekadar menyapu sedikit 'compact powder' yang boleh menahan debu-debu kotor yang akan memberi kesan pada muka kurniaan Allah.
  • Berhiaslah sekadar keperluan bukan menjangkaui keinginan. Jauhi dari rasa sombong, riak dan ujub angkara dandanan pada diri. Ingatlah hiasan yang indah menawan itu yang berhak menatapnya hanyalah saumi kita.

Pangkal ilmu ialah mendengar sebaik-baiknya, kemudian memahamkannya dan sesudah itu mengingatkannya. Akhir sekali diamal dan disebarkan ilmu itu untuk dimanfaatkan. - SUFYAN UYAYNAH

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...