RSS

i LOVE u

"I love you..."






Sebaris ayat tertera di skrin telefon bimbitnya. Ini bukanlah kali pertama dia menerima pesanan ringkas sebegini. Namun untuk pertama kalinya si gadis kehilangan kata-kata untuk dibalas. Perasaannya berbelah bahagi. Jauh di dasar hatinya dia ingin memiliki penghantar mesej itu, dari segi yang lain imannya meronta. Dia tidak sanggup menggadaikan agamanya hanya untuk memenuhi nafsu yang salah. Tambahan lagi lelaki itu bukan sembarangan remaja. Lagaknya seperti lelaki dewasa yang punya banyak tanggungjawab, seorang insan yang ada pegangan hidup dan seorang 'abid yang setia menagih cinta Ilahi. Si gadis penasaran, bagaimana mungkin jejaka sebaik akhlak ini mampu meluahkan kata-kata yang sering menjadi mainan muda-mudi yang hidup tanpa prinsip yang tekal. Mesej itu dibiarkan sepi tanpa balasan. Telefon bimbitnya berdering lagi. '1 mesej diterima' tertera pada skrin.



"Kenapa senyap? Apa yang perlu nti jawap?"

Satu lagi pesanan ringkas diterima dari si jejaka. Fikiran si gadis semakin sesak. Apa yang terbaik untuk dia katakan agar si jejaka faham akan situasinya yang kini tersepit antara keinginan dan keimanan. Si gadis tekad untuk membalas. Satu persatu pad kekunci pada telefonnya ditekan. Akhirnya sebaris jawapan diulang bacanya bagi memuaskan hati.

"Maaf ana kurang arif dalam bab cintan-cintun. Lagipun kita hanya bersahabat tak lebih dari tu kan?"

Telefon si gadis berbunyi buat kesekian kalinya. Jawapan balas dari pihak sebelah membuatkan si gadis terpana. Puas dikorek peti memorinya untuk mencari jawapan, namun tiada satu pun idea yang terlintas. Jawapan si jejaka berputar-putar di mindanya.

"Tak salah ana cakap macam tu kan? Rasulullah pun selalu ucapkan kata-kata ni. Apa komen nti?"

Begitulah si jejaka, sering mengajak si gadis untuk berfikir, menilai diri malah berdebat dalam soal ummat semasa. Kini persoalan yang ditimbulkan si jejaka agak menjerat dan mencekik nafas si gadis. Sebahagian hatinya telah dijajah rasa cinta pada si jejaka. Dengan hati yang berat si gadis membalas.

"Ana tak arif dalam benda sebegini. Cuma apa yang ana tahu cinta ana hanya buat Allah, Rasul-Nya, keluarga dan pencinta-Nya."

Hari berganti hari, bulan mula meninggalkan tahun. Setelah hampir dua tahun peristiwa itu ditinggalkan, memori itu berputar kembali saat si gadis terbaca sepotong kata dari sahabat Baginda s.a.w. :


Sesaat jantung si gadis bagai berhenti denyutnya. Mungkin inilah jawapan yang paling sesuai buat si jejaka. Namun jawapan itu hanya disimpan di kamar hatinya kerana kini si gadis dan si jejaka telah membawa haluan sendiri. Walau si jejaka jauh di mata namun doa tulus sering dikirimkan melalui Sang Pencipta Cinta. Tidak pernah si gadis terlupa untuk mendoakan yang terbaik buatnya biarpun bukan si jejaka yang akan mengemudi bahtera kasihnya nanti.

YA ALLAH
ANDAI INI NAMANYA CINTA SELAMATKANLAH AKU,
ANDAI BENAR HAMBA-MU INI TERPESONA SEDARKAN AKU,
ANDAI BENAR DIRIKU LALAI KERANANYA PISAHKAN KAMI,
ANDAINYA HARI DIA DISELUBUNGI AKU JAUHKAN AKU DARINYA...

YA RABBANA
JIKA DIA YANG ENGKAU TAKDIRKAN UNTUKKU JAUHKAN KAMI DARI MAKSIAT,
JIKA DIA NAKHODAKU JADIKAN AKU PENUNJUK ARAH YANG BENAR,
JIKA DIA IMAMKU JADIKAN AKU MAKMUM YANG BAIK AKHLAKNYA,
JIKA DIA BUKAN SIAPA-SIAPA PADAKU BAHAGIAKAN HIDUPKU DENGAN PENCINTA-MU...

Pangkal ilmu ialah mendengar sebaik-baiknya, kemudian memahamkannya dan sesudah itu mengingatkannya. Akhir sekali diamal dan disebarkan ilmu itu untuk dimanfaatkan. - SUFYAN UYAYNAH

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 buah fikiran:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...