RSS

Kepimpinan & Pelajar

 “Berkata Allah (kepada Ibrahim), ‘Sesungguhnya Allah akan menjadikan kamu Imam (pemimpin) untuk manusia’. Berkata Ibrahim, ‘Dan juga dari keturunanku.’ (Berfirman Allah), ‘Janji-Ku tidak akan diberikan kepada mereka yang zalim’( al-Baqarah ; 124 )


 Di mana-mana IPT seluruh negara sedang hangat membicarakan tentang Pilihan Raya Kampus. Kepimpinan sememangnya perkara yang amat sinonim dengan kehidupan kita di dunia ini. Walau kita sering berkata "aku mustahil menjadi pemimpin." Namun dalam tidak sedar rupanya kita adalah seorang pemimpin. Paling tidak kita adalah pemimpin pada diri dan keluarga. Keadaannya sedikit berbeza bila membicarakan topik kepimpinan di peringkat yang lebih luas. Ramai dalam kalangan kita yang maju ke hadapan bagi menjadi pemimpin adalah semata kerana jawatan atau popular dan gah pada mata manusia. Nauzubillah, moga kita terhindar dari itu semua. Hakikat sebenar sering diabai, acap kali ditinggal sepi tiada yang peduli. 
“Sesungguhnya Allah menolong sesiapa yang menolong Agama-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Gagah, lagi Maha Perkasa. Iaitu mereka yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf serta mencegah perbuatan yang mungkar. Dan kepada Allah sahajalah kembali segala urusan”. ( al-Hajj ayat 40-41 ). Al-Quran telah lama menggariskan kreatiria-kreatiria pemimpin dalam Islam. Di sinilah seorang pengundi memainkan peranan. Bukan sesuka hati memilih calon yang cantik, kacak. Bukan membabi buta memangkah pada yang sudah terkenal dengan nama 'gila kuasa'. 

Wahai insan yang bergelar muslim dan masih menghargai nilai keIslamanmu, carilah pemimpin yang menjaga solatnya, yang tidak loket mengeluarkan zakat dan yang sentiasa menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran kerana di situ akan kau temui bahagia. Bahagia di dunia ini dan insya-Allah di alam abadi. Akhir kalam dari penulis, berhati-hatilah memilih pemimpin kerana ia akan dipertanggungjawabkan di mahsyar nanti...

Pangkal ilmu ialah mendengar sebaik-baiknya, kemudian memahamkannya dan sesudah itu mengingatkannya. Akhir sekali diamal dan disebarkan ilmu itu untuk dimanfaatkan. - SUFYAN UYAYNAH

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bersuci bagi Anggota berbalut

Seorang isteri yang solehah telah menelefon suaminya bagi menyelesaikan satu permasalahan hukum Fikah berkaitan dengan wudhuk dan mandi bagi seseorang yang berbalut anggota badannya. Ikuti perbincangan mereka berdua :

Ummu Muhammad : Assalamualaikum abang.

Abu Muhammad : Waalaikumussalam sayangku ( sambil tertawa kecil ).

Ummu Muhammad : Abang, saya ingin menyampaikan hajat seorang sahabat yang ingin mendapat penjelasan hukum daripada abang berkenaan dengan hukum berwudhuk dan mandi wajib bagi seseorang yang berbalut anggota badannya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Si bijak yang Dangkal


Riz merupakan seorang yang cemerlang dalam pelajaran. Keputusannya yang memberangsangkan dalam SPM telah melayakkan dirinya menjejakkan kaki ke pusat pengajian tinggi. Bagi masyarakat kampung Riz merupakan contoh teladan buat anak muda.Mana tidaknya kegemilangannya tidak berakhir di sekolah menengah sahaja, kini Riz telah menjadi pelajar terbaik di universitinya. Lebih membanggakan dia telah 'dilamar' oleh Petronas untuk mendapat biasiswa yang menjadi kegilaan golongan siswa. Pujian demi pujian diterima Riz. Bukan sedikit ucap tahniah yang menyapa telinganya, namun jauh di sudut hatinya terbuku sebuah persoalan. Persoalan bertimpa-timpa membuat dirinya semakin tertekan. Akhirnya satu kata putus telah diambil. Kakinya laju melangkah menuju ke satu destinasi yang jarang dikunjungi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kelahiran Agung

Wahai kekasih Allah…
Insan seistimewamu ditunggu-tunggu,
Istimewa di sisi Rabbmu,
Istimewa dalam kalanganmu,
Istimewa pada tiap yang bertemu.

Duhai Muhammad…
Lahirmu membawa sinar kebahagiaan,
Hadirmu ditemani cahaya kebenaran,
Menerangi kelam jahiliyyah semalam,
Memandu kesesatan kaum berzaman.

Kelahiran agung itu…
Tersirat seribu kuasa Ilahi,
Terpadamnya api suci kaum Majusi,
Menggongcangkan istana Kisra Parsi,
Sehingga malaikat amat mengagumi.

40 tahun berlalu…
17 Ramadhan menjadi batu asas,
Hadirnya Jibril menghantar watikah,
Berkeringat dikau tiada batas,
Gelisahmu ditenangkan Siti Khadijah.

Bermulalah sebuah lembaran baru,
Setiap masa tugasmu menyeru,
Sehingga dirimu dikeji diburu,
Tetap Islam dikau dahulu.

Ya Rasulullah…
Saat ini Islam terus berkembang,
Menjulang syariat menegakkan keadilan,
Namun sayang semua itu melayang,
Ummatmu kini kehilangan tujuan.

Dongengkah semua ini?
Hakikatnya terselit ia dalam sanubari,
12 Rabi'ul Awwal Tahun Gajah menjadi saksi,
Peristiwa agung penuh memori,
23 April 571 Masihi sentiasa terpahat di hati,
Penguat diri menyubur inspirasi membuah revolusi.

A050 IPGKL, 12.35pm, 4 Feb 2011

Pangkal ilmu ialah mendengar sebaik-baiknya, kemudian memahamkannya dan sesudah itu mengingatkannya. Akhir sekali diamal dan disebarkan ilmu itu untuk dimanfaatkan. - SUFYAN UYAYNAH

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...