RSS

ujian itu penyeri hidup

 Setelah berbulan blog dibiarkan bersawang. Bukan disengajakan. Akibat kekangan masa dan rentetan dari ujian yang tidak kunjung padamnya membuat penulis sedikit terkejar-kejar. Menghitung masa, sedar tak sedar hanya tinggal kurang lebih satu minggu sahaja untuk penulis menghabiskan cuti semester bersama keluarga. Beberapa detik sebelum penulis menjejaki bumi Kelantan dua berita sedih menerpa jiwa. Kematian emak saudara dan seminggu berselang bapa saudara pula mengiringi. Sukar untuk menerimanya namun itulah hakikat hidup. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian. Itu janji yang pasti dari Rabul 'izzati.

Berkebetulan dengan badan yang kurang sihat. Menaiki pesawat dalam keadaan demam amat menduga kesabaran. Berturut-turut Allah mendatangkan ujian-Nya, agar diri ini sedar dan ingat bahawa Allah rindu untuk mendengar tangis seduku di malam yang hening. Baru beberapa hari demam itu kebah, menyapa lagi demam yang baharu. Ya Allah, moga ujian-ujian-Mu ini mampu menghapuskan dosa-dosaku. Jadikan aku hambu-Mu yang bersabar dan redha dengan segala takdir-Mu. Amin...


Pangkal ilmu ialah mendengar sebaik-baiknya, kemudian memahamkannya dan sesudah itu mengingatkannya. Akhir sekali diamal dan disebarkan ilmu itu untuk dimanfaatkan. - SUFYAN UYAYNAH

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 buah fikiran:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...